SUBHANALLAH, BUKTI KEBESARAN ALLAH PADA TULANG EKOR MANUSIA !
Tiada bahagian dari tubuh manusia
kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang, iaitu tulang ekor,
darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat, "(HR. Al Bukhari,
Nombor: 4935).
Berabad lamanya, hadith tersebut
menjadi hal yang ghaib yang tidak mungkin dapat dijelaskan dengan logik.
Seiring berjalannya masa beberapa kajian ilmiah mampu menjelaskan kebenaran
hadis tersebut dikemudian hari.
"Dan dia membuat perumpamaan bagi
Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata:" Siapakah yang dapat
menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh? "Katakanlah:"
Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia
Maha Mengetahui tentang segala makhluk, "(QS. Yasin: 78-79).
Han Spemann saintis Jerman yang berjaya
mendapat hadiah nobel dalam bidang perubatan pada tahun 1935. Dalam kajiannya
dia telah membuktikan bahawa asal usul kehidupan adalah tulang ekor. Darinyalah
makhluk hidup bermula. Dalam kajiannya dia memotong tulang ekor dari sejumlah
haiwan, lalu mengimplantasikan ke dalam embrio.
Pada ketika sperma memasuki ovum (sel
telur), maka pembentukan janin bermula. Ketika ovum telah membentuk (zigot)
terbelah menjadi dua sel dan terus berkembang. Sehingga terbentuklah embryonic
cakera (lempengan embrio) yang mempunyai dua lapisan.
Pertama, External Epiblast yang terdiri
dari cytotrophoblasts, berfungsi membekalkan makanan embrio pada dinding
uterus, dan menyalurkan nutrisi dari darah dan cecair kelenjar pada dinding
uterus.
Sedangkan lapisan kedua, Internal
Hypoblast yang telah ada sejak pembentukan janin pertama kalinya. Pada hari
ke-15, lapisan sederhana muncul pada bahagian belakang embrio dengan bahagian
belakang yang disebut primitive node (gumpalan sederhana).
Dari sinilah beberapa unsure dan
rangkaian, seperti ectoderm, mesoderm, dan endoderm terbentuk.
- Ectoderm, membentuk kulit dan sistem
saraf pusat.
- Mesoderm, membentuk otot halus sistem
digestive (pencernaan), otot skeletal (kerangka), sistem peredaran, jantung,
tulang pada bahagian kelamin, dan sistem urine (selain kandung kemih),
rangkaian subcutaneous, sistem limpa, limpa dan kulit luar.
- Sedangkan, endoderm, membentuk
lapisan pada sistem digestive, sistem pernafasan, organ-orang yang berkaitan
dengan sistem digestive (seperti hati dan pancreas), kandung kemih, kelenjar
thyroid (gondok), dan saluran pendengaran. Gumpalan sederhana inilah yang
mereka sebut sebagai tulang ekor.
Pada kajian lain, Han cuba
menghancurkan tulang ekor tersebut. Dia menumbuk dan merebusnya dengan suhu
yang tinggi dan dalam masa yang sangat lama. Setelah menjadi serpihan halus,
dia cuba mengimplantasikan tulang itu pada janin lain yang masih dalam tahap
permulaan embrio. Hasilnya, tulang ekor itu tetap tumbuh dan membentuk janin
sekunder pada guest body (organ tetamu). Meskipun telah ditumbuk dan dibakar
sedemikian rupa, tulang itu tidak 'hancur'.
Dr. Othman al Djilani dan Syaikh Abdul
Majid juga melakukan kajian serupa. Pada bulan Ramadhan 1423 H, mereka berdua
memanggang tulang ekor dengan suhu tinggi selama 10 minit. Tulang pun berubah
menjadi hitam pekat. Kemudian, kedua-duanya membawa tulang itu ke al Olaki
Laboratory, Sana'a, Yaman, untuk dianalisis. Setelah diteliti oleh Dr. al Olaki
iaitu pfofesor dalam bidang histology dan pathologi di Sana'a University,
beliau telah menemui bahawa sel-sel pada rangkaian tulang ekor tidak terjejas.
Bahkan sel-sel itu dapat bertahan walau dilakukan pembakaran lebih lama.
Lebih dari itu berdasarkan kajian
mutakhir, sebagaimana yang disampaikan oleh Jamil Zaini, Trainer Asia Tenggara
Kubik Jakarta ketika dalam majlis berbuka puasa bersama di al Azhar-Solo Baru
dengan tajuk, "Inspiring Day; Inspiring The Spirit of Life", tulang
ekor ini merakam semua perbuatan anak Adam dari sejak lahir hingga meninggal
dunia. Tulang ini merakam semua perbuatan baik-buruk mereka. Dan perbuatan
mereka ini akan mempengaruhi pada keadaan tulang ekornya. Putih bersih atau
hitam kotor. Semakin banyak tenaga positif atau kebaikan seseorang maka semakin
bersih tulang ekornya, dan semakin banyak tenaga negative atau keburukan
seseorang maka semakin hitamlah tulang ekornya.
Dari sinilah balasan pada hari kiamat
kelak tidak akan pernah berubah. Dari tulang ekor inilah, manusia akan kembali
dan mereka akan diberi balasan setimpal dengan kadar amalan mereka. Ini semua
sudah disabdakan oleh Nabi berpuluh abad yang lalu.
"Tiada bahagian dari tubuh manusia
kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang, iaitu tulang ekor,
darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat," (HR. al Bukhari, nombor
4935).
Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh
Imam Muslim (nombor 2955): Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu
alaihi wa sallam bersabda, "Seluruh bahagian tubuh anak Adam akan
(hancur) dimakan tanah kecuali tulang ekor, darinya tubuh diciptakan dan
dengannya dipasang kembali."
Dari hadis di atas, Ilmuwan Islam pada
pertengahan abad ke-20 telah mendasarkan pemahaman mereka mengenai mukjizat
hadis tentang tulang ekor ini pada kaedah pengetahuan yang paling asas, iaitu
"Tulang ekor merupakan bahagian pertama yang tumbuh dari janin, biasa
disebut dengan primitive streak , iaitu bahagian utama yang terbentuk pada
minggu ketiga ".
Akan Kami tunjukkan kepada mereka
ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami pada alam dan pada diri mereka sendiri,
sehingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak
cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?


0 komentar:
Posting Komentar